Kad Perubatan(Standalone) vs Kad Perubatan (Rider)
Pelan Kad Perubatan (Standalone) adalah faedah Penghospitalan sahaja tanpa mempunyai apa-apa pelan sampingan. Manakala pelan kad Perubatan (Rider) adalah pelan di mana mempunyai pakej beserta pelan asas (kematian dan Investment-Link)....Kenapa perlu ADA TAKAFUL?
Terdapat 7 sebab yang boleh saya kongsikan kenapa perlu ada takaful dan tentang betapa pentingnya untuk setiap insan di muka bumi ini memerlukan Takaful.....A-LIFE MED REGULAR-I (KAD PERUBATAN)
Pelan A-Life Med Regular-i ....A-LIFELINK-i (PERLINDUNGAN dan PELABURAN)
Pelan A-LIFELINK-i (PERLINDUNGAN dan PELABURAN)....
Friday, 4 September 2015
Monday, 24 August 2015
Sunday, 23 August 2015
Kad Perubatan(Standalone) vs Kad Perubatan (Rider)
Pelan Kad Perubatan
(Standalone) adalah faedah Penghospitalan sahaja tanpa mempunyai apa-apa pelan
sampingan. Manakala pelan kad Perubatan (Rider) adalah pelan di mana mempunyai
pakej beserta pelan asas (kematian dan Investment-Link)
Anda sebagai pengguna
harus faham akan perbezaan pelan Kad Perubatan ini kerana setiap pelan
(standalone dengan Rider) mempunyai kebaikan dan kekurangan. Dan yang paling
penting adalah KEPERLUAN anda untuk mengambil pelan Kad Perubatan ini.Terdapat
dua faktor pemilihan kad perubatan :-
Produk
-Jumlah pembayaran
sebulan/setahun untuk perlindungan Kad Perubatan
-Terma
Ko-Takaful atau
Tidak - samada produk yang ditawarkan 100% di tanggung atau pelanggan perlu
membayar 10% daripada jumlah Kos Hospital
-Had
Tahunan dan Had
Seumur hidup
-Sebagai
pelan Standalone atau Rider
Pelanggan
-Keperluan
Pelanggan -
Keperluan Perlindungan dari Segi Limit Tahunan dan Limit Seumur Hidup
-Kemampuan
Kewangan -
Berapa banyak nilai Premium/Contribution sanggup dikeluarkan oleh pelanggan
-Kad
Perubatan daripada Majikan - Sesetengan pelanggan sudah dilindugi faedah hospital melalui
Majikan
Kenapa perlu ADA TAKAFUL?
#1
– Sentiasa Wujud Musibah Di Dunia
Kehidupan kita di muka bumi ini tidak terkecuali daripada masalah.
Sematkan ayat ini sentiasa di fikiran kita.
Setiap apa yang kita lalui hari ini, adalah kurnian dan berkat daripada
Allah, Tuhan yang mengawal sekalian alam. Allah juga yang berkehendak jika mahu
berlakunya sesuatu musibah pada hamba-Nya.
Jalan terbaik untuk kita memperbesarkan kuasa-Nya adalah dengan
persediaan yang rapi.
Di sini terletaknya kepentingan takaful. Kita melabur
ke tempat yang dapat menyelamatkan diri daripada masalah dan malapetaka
seperti:
1.
Kecurian.
2.
Kebakaran.
3.
Kemalangan.
#2
– Sistem Muamalat yang Untung
Ramai yang menyatakan sistem konvensional lebih menguntungkan berbanding
Takaful.
Situasi ini semakin berjaya dicantas dari semasa ke semasa. Terutamanya
selepas syarikat-syarikat Takaful mengumumkan peningkatan yang drastik, dari
segi keuntungan.
Ini membuatkan kebanyakan individu berlainan agama turut berminat untuk
menyertai Takaful.
#3
– Sistem Bantuan Dianjurkan Agama
“Bekerjasamalah kamu dalam
kebaikan dan jangan bekerjasama dalam dosa dan permusuhan.” – Surah Al-Maidah
Ayat 2
Dengan melaburkan sejumlah wang ke dalam Takaful, kita sebenarnya telah
membuat keputusan untuk membantu orang ramai.
Membantu orang ramai adalah perbuatan yang dianjurkan dalam setiap
agama, termasuk agama Islam.
Justeru itu, maksimumkan setiap aliran kewangan kita. Walaupun pelaburan
kita sedikit untuk Takaful, namun sedikit itu adalah lebih baik daripada tiada
langsung.
#4
– Memperkasakan Ekonomi Islam
Dalam pada kita membantu orang lain mengikut kaedah muamalat Islam, kita
sebenarnya sedang berjuang untuk memperkasakan ekonomi Islam.
Bagi penganut agama Islam, ini adalah salah satu cara untuk menyatakan
hasrat murni kita sebagai penganutnya.
Bagi agama lain, ini juga adalah salah satu daripada jalan untuk kita
melihat keindahan dunia Islam, dari segi muamalatnya.
#5
– Setiap Risiko Berbeza Nilainya
Menerusi konsep perlindungan Takaful, setiap risiko harian
yang kita tanggung, berbeza nilainya.
Sebagai contoh, nilai kerugian apabila berlakunya kemalangan lebih
tinggi, berbanding kecurian kecil seperti kehilangan barang dan sebagainya.Bagi
mengelakkan diri kita daripada menanggung kerugian, Takaful dapat membantu dari
sudut bantuan kewangan yang telah kita laburkan sebelum ini.
#6
– Waspada Dengan Musibah Harian
Setiap kali kita melakukan pelaburan Takaful, minda, hati dan akal kita
akan memperingatkan diri tentang kekuasaan Allah yang sentiasa menguji
hamba-Nya.
Semoga dengan pelaburan Takaful, kita sebagai hamba-Nya akan sentiasa
mengingati kekuasaan-Nya, ketika susah dan senang dalam kehidupan di dunia ini.
#7
– Semakin Ramai, Semakin Kukuh
Sistem perlindungan Takaful menjadi lebih indah dan bermakna, apabila
lebih ramai pelanggan melaburkan wang di tempat yang betul.
Formula untuk kesenangan dunia dan akhirat menerusi Takaful, adalah
bernaung di bawah syarikat Takaful yang mempunyai jumlah pelanggan yang besar.
Sumber daripada: http://pelantakaful.com/7-sebab-kenapa-anda-perlu-ada-takaful
A-LIFELINK-i (PERLINDUNGAN & PELABURAN)
A-LifeLink-i turut memberi
anda pilihan untuk meningkatkan perlindungan dengan rangkaian faedah-faedah
tambahan bagi memenuhi keperluan-keperluan anda yang berbeza di pelbagai
peringkat hidup. Lebih-lebih lagi, pelan ini boleh membantu anda untuk mengumpul
dan menjana kekayaan anda mengikut jangka masa yang tertentu.
A-LifeLink-i juga
meningkatkan perlindungan anda secara automatik tanpa kos tambahan melalui
Bonus Ulang Tahun!
A-LifeLink-i menawarkan faedah-faedah
berikut :-
Perlindungan dan Simpanan
dalam Satu Pelan
•A-LifeLink-i matang pada umur 100
tahun.
•Menyediakan perlindungan ke atas kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh
dan Kekal (HUMK)1
•Pelbagai pilihan rider-rider dan dana-dana Berkaitan Pelaburan
ditawarkan untuk memenuhi keperluan perlindungan dan simpanan anda.
Fleksibiliti dalam
Perlindungan dan Simpanan
•Caruman yang mampu dibayar serendah RM150 sebulan.
•Fleksibiliti untuk mempelbagaikan perlindungan mengikut
keperluan-keperluan peringkat hidup anda.
•Fleksibiliti untuk meningkatkan jumlah simpanan2 apabila
anda mempunyai wang lebih atau mengeluarkan3 simpanan bila anda
memerlukannya.
• Fleksibiliti untuk menukar dana-dana menurut tahap toleransi risiko
anda.
Perlindungan Tambahan
melalui Bonus Ulang Tahun
•Jumlah dilindungi4 anda akan meningkat
sebanyak 1% dari jumlah dilindungi asal, bermula dari awal tahun ke-2 sijil
sehingga mencapai 120% dari jumlah dilindungi asal.
•Jumlah dilindungi bagi rider pilihan penyakit kritikal seperti
A-PlusCriticalCare-i akan meningkat dengan jumlah yang sama dengan peningkatan
pelan ini. Dengan syarat rider penyakit kritikal hendaklah dilampirkan pada
permulaan sijil.
•Tiada kos tambahan akan dikenakan ke atas peningkatan jumlah
dilindungi di bawah Bonus Ulang Tahun.
Penyelesaian kewangan
yang Patuh Syariah
•Memenuhi kehendak anda untuk perlindungan yang patuh Syariah.
•Memenuhi matlamat kewangan anda dengan instrument-instrumen pelaburan
Islam. Perlindungan Terjamin5 5 Tahun
•Pelan ini akan terus berkuatkuasa dalam tempoh 5 tahun pertama sijil
walaupun nilai akaun dana anda tidak mencukupi untuk membayar Tabarru’ dan Caj
Perkhidmatan Bulanan.
1 Perlindungan
untuk HUMK adalah sehingga umur 70 tahun.
2 Merujuk kepada
kemudahan tambah nilai – amaun minimum untuk tambah nilai ad hoc ialah RM500;
amaun minimum untuk tambah
nilai berjadual (A-Plus Saver-i) ialah RM600 setahun.
3 Merujuk kepada
kemudahan pengeluaran separa – amaun pengeluaran minimum adalah RM1,000 dan
tertakluk kepada baki nilai akaun
minimum sebanyak RM1,000.
4 Tertakluk kepada
jumlah dilindungi asal atau jumlah dilindungi semasa, yang mana lebih rendah
dan terhad kepada RM500,000 setiap sijil. Bonus Ulang Tahun akan diberi
berdasarkan tahun sijil di mana caruman terakhir dibayar. Walaubagaimanapun,
Bonus Ulang Tahun tidak akan dibayar apabila sijil diserahkan, luput atau
matang.
5 Semua
syarat-syarat berikut perlu dipenuhi:
i) Semua caruman
tetap dan caruman A-Plus Saver-i (jika ada) telah dibayar pada tarikh genap
tempoh caruman atau
dalam tempoh
ihsan yang diberi, dan
ii) Cuti caruman
tidak pernah diaktifkan; dan
iii) Tiada
perubahan pada sijil yang menyebabkan kenaikan Tabarru’ atau sebarang
pengurangan dalam nilai akaun dana.
A-LIFE MED REGULAR-I (KAD PERUBATAN)
Sebelum pengenalan kepada A-Life med regular-i, Sila lihat jadual perbandingan antara AIA takaful, Prudential BSN takaful dengan Great Eastern Takaful.
AIA Takaful
|
Prudential BSN takaful
|
Great
Eastern Takaful
|
|
Pelan
|
Pelan Bilik 150
|
Pelan Bilik 150
|
Pelan
Bilik 150
|
Had Tuntutan Tahunan
|
RM 100,000
|
RM 50,000
|
RM
90,000
|
Had Tuntutan Seumur
Hidup
|
Tiada Had Tuntutan Seumur Hidup
|
RM 500,000
|
RM
900,000
|
Ko-Takaful
|
Tiada Ko-Takaful
|
10% Ko-Takaful
|
10%
Ko-Takaful
|
Pelan Bilik 150 bukan bermaksud caruman bulanan RM 150. Harga Kad Perubatan standalone bermula dari RM65/sebulan. Harga Kad Perubatan berubah mengikut umur masing-masing.
Sila ke bahagian Harga Kad Perubatan(Standalone) untuk mengetahui harga kad perubatan mengikut umur dan jantina.
Sila ke bahagian Kad Perubatan(Standalone) VS Kad Perubatan(Rider) untuk mengetahui perbezaan antara dua plan tersebut.
Ko-Takaful ialah perkongsian risiko pembayaran oleh ahli takaful untuk kos-kos hospital.
Kemasukan
Hospital dengan kemudahan “Just Swipe”1*
• Anda akan
menerima kad perubatan dengan ciri “Just Swipe” untuk memudahkan proses kemasukan dan
pelepasan hospital.
Perlindungan
Pilihan untuk Keluarga Anda2*
• Anda boleh
memilih untuk melindungi pasangan anda dan/atau anak-anak anda di bawah satu pelan
dengan ciri “Pelan Keluarga”.
• Pelan Keluarga
membenarkan anda melanjutkan perlindungan sehingga maksimum 4 orang anak.
Tiada Ko-takaful
untuk Jumlah Tuntutan sehingga Had Tahunan
• A-Life Med
Regular-i membayar rawatan perubatan anda untuk jumlah
tuntutan sehingga Had Tahunan yang
telah ditetapkan oleh pelan.
Tiada Had Seumur
Hidup
• Pastikan
keperluan penjagaan kesihatan anda dan keluarga anda akan sentiasa diuruskan dengan ciri
Tiada Had Seumur Hidup.
Program Rujukan
Bantuan Kecemasan (REA)3*
• Nikmati
perkhidmatan di seluruh dunia dengan menelefon talian perkhidmatan 24 jam.
* Sila rujuk
kepada Jadual Faedah di mukasurat 3 dan 4 untuk maklumat lanjut tentang
perlindungan yang disediakan dalam pelan A-Life Med
Regular-i. Maklumat terperinci berkenaan Jadual Faedah, serta terma dan
syarat terdapat di dalam Helaian Pendedahan Produk dan Ilustrasi Produk.
1 -Jika anda
menerima rawatan dan dimasukkan ke hospital dalam tempoh 3 bulan pertama Sijil,
anda dikehendaki untuk membayar dahulu caj-caj hospital dan mengemukakan
tuntutan pembayaran kembali daripada Pengendali Takaful.
2- Sila rujuk
kepada Helaian Pendedahan Produk dan Ilustrasi Produk untuk maklumat lanjut
mengenai ciri Pelan Keluarga dan terma dan syarat yang terpakai.
3 -Sila rujuk
kepada Helaian Pendedahan Produk dan Ilustrasi Produk untuk maklumat lanjut
mengenai Program Rujukan Bantuan Kecemasan dan terma dan syarat yang terpakai.
Jadual Faedah-Faedah A-Life Med Regular-i
adalah seperti berikut:
Friday, 21 August 2015
Apa itu Takaful ?
Takaful yang bermaksud saling
menjamin, berasal dari perkataan Arab - kafala. Konsep takaful bertujuan mengalakkan tolong
menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta'awun. Dalam Islam, menolong atau menyediakan bantuan amatlah digalakkan.
Persoalan seterusnya adalah tentang perbezaan antara insurans konvensional dengan takaful. Mesti ramai
tertanya-tanya soalan ini. Objektif
insurans boleh diungkapkan sebagai golongan
ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik.
Sememangnya objektif tersebut adalah diiktiraf oleh Islam. Al-Quran dalam
surah al-Maaidah, ayat 2, secara terangnya turut
menyatakan galakan oleh Allah kepada manusia untuk
mengamalkan sikap tolong-menolong, bermaksud:
"Dan hendaklah kamu tolong
menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong
di atas perkara dosa dan permusuhan".
Apa yang menjadi persoalannya ialah apakah ciri
utama yang membezakan takaful dan insurans konvensional?
Pada 15 Jun 1972 merupakan tarikh
penting bermulanya pengumuman terhadap penerokaan dan kajian yang dibuat ke
atas kontrak insurans konvensional.
Pada tarikh tersebut, Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan dalam persidangan yang kelimanya telah memutuskan iaitu insurans
nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat
insurans yang ada pada masa ini adalah suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana
mengandungi unsur-unsur gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba.
Para ulamak telah
sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti
kepada Insurans Konvensional. Dasar Tabarru'at menjadi teras utama
yang membina paksi Takaful.
Penggunaan dasar ini turut menyelamatkan pengurusan Takaful untuk seiring
dengan keredhaan Syarak dalam soal Muamalah Islam. Dengan penggunaan Tabarru'at ini maka Takaful terselamat dari terkena unsur gharar dan maisir.
Tabarru' merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks perniagaan Takaful, setiap
peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat
yang ikhlas untuk menderma bagi membantu para peserta yang lain jika mereka
menghadapi musibah. Dalam erti kata yang lebih tepat ialah, semua peserta tersebut bersetuju untuk
saling membantu dikalangan mereka di atas niat yang sama.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
A-LifeLink-i turut memberi anda pilihan untuk meningkatkan perlindungan dengan rangkaian faedah-faedah tambahan bagi memenuhi keperluan...
-
Sebelum pengenalan kepada A-Life med regular-i, Sila lihat jadual perbandingan antara AIA takaful , Prudent...
-
Pelan Kad Perubatan (Standalone) adalah faedah Penghospitalan sahaja tanpa mempunyai apa-apa pelan sampingan. Manakala pelan kad Perubata...
-
Takaful yang bermaksud saling menjamin , berasal dari perkataan Arab - kafala . Konsep takaful bertujuan mengalakkan ...
-
#1 – Sentiasa Wujud Musibah Di Dunia Kehidupan kita di muka bumi ini tidak terkecuali daripada masalah. Sematkan ayat ini sen...
-
Berikut adalah kadar harga bulanan berdasarkan umur peserta 31-35 tahun: Untuk mengetahui yuran bulanan sila bahagi yuran tahunan(Annu...
-
Powered by 123ContactForm | Report abuse