#1
– Sentiasa Wujud Musibah Di Dunia
Kehidupan kita di muka bumi ini tidak terkecuali daripada masalah.
Sematkan ayat ini sentiasa di fikiran kita.
Setiap apa yang kita lalui hari ini, adalah kurnian dan berkat daripada
Allah, Tuhan yang mengawal sekalian alam. Allah juga yang berkehendak jika mahu
berlakunya sesuatu musibah pada hamba-Nya.
Jalan terbaik untuk kita memperbesarkan kuasa-Nya adalah dengan
persediaan yang rapi.
Di sini terletaknya kepentingan takaful. Kita melabur
ke tempat yang dapat menyelamatkan diri daripada masalah dan malapetaka
seperti:
1.
Kecurian.
2.
Kebakaran.
3.
Kemalangan.
#2
– Sistem Muamalat yang Untung
Ramai yang menyatakan sistem konvensional lebih menguntungkan berbanding
Takaful.
Situasi ini semakin berjaya dicantas dari semasa ke semasa. Terutamanya
selepas syarikat-syarikat Takaful mengumumkan peningkatan yang drastik, dari
segi keuntungan.
Ini membuatkan kebanyakan individu berlainan agama turut berminat untuk
menyertai Takaful.
#3
– Sistem Bantuan Dianjurkan Agama
“Bekerjasamalah kamu dalam
kebaikan dan jangan bekerjasama dalam dosa dan permusuhan.” – Surah Al-Maidah
Ayat 2
Dengan melaburkan sejumlah wang ke dalam Takaful, kita sebenarnya telah
membuat keputusan untuk membantu orang ramai.
Membantu orang ramai adalah perbuatan yang dianjurkan dalam setiap
agama, termasuk agama Islam.
Justeru itu, maksimumkan setiap aliran kewangan kita. Walaupun pelaburan
kita sedikit untuk Takaful, namun sedikit itu adalah lebih baik daripada tiada
langsung.
#4
– Memperkasakan Ekonomi Islam
Dalam pada kita membantu orang lain mengikut kaedah muamalat Islam, kita
sebenarnya sedang berjuang untuk memperkasakan ekonomi Islam.
Bagi penganut agama Islam, ini adalah salah satu cara untuk menyatakan
hasrat murni kita sebagai penganutnya.
Bagi agama lain, ini juga adalah salah satu daripada jalan untuk kita
melihat keindahan dunia Islam, dari segi muamalatnya.
#5
– Setiap Risiko Berbeza Nilainya
Menerusi konsep perlindungan Takaful, setiap risiko harian
yang kita tanggung, berbeza nilainya.
Sebagai contoh, nilai kerugian apabila berlakunya kemalangan lebih
tinggi, berbanding kecurian kecil seperti kehilangan barang dan sebagainya.Bagi
mengelakkan diri kita daripada menanggung kerugian, Takaful dapat membantu dari
sudut bantuan kewangan yang telah kita laburkan sebelum ini.
#6
– Waspada Dengan Musibah Harian
Setiap kali kita melakukan pelaburan Takaful, minda, hati dan akal kita
akan memperingatkan diri tentang kekuasaan Allah yang sentiasa menguji
hamba-Nya.
Semoga dengan pelaburan Takaful, kita sebagai hamba-Nya akan sentiasa
mengingati kekuasaan-Nya, ketika susah dan senang dalam kehidupan di dunia ini.
#7
– Semakin Ramai, Semakin Kukuh
Sistem perlindungan Takaful menjadi lebih indah dan bermakna, apabila
lebih ramai pelanggan melaburkan wang di tempat yang betul.
Formula untuk kesenangan dunia dan akhirat menerusi Takaful, adalah
bernaung di bawah syarikat Takaful yang mempunyai jumlah pelanggan yang besar.
Sumber daripada: http://pelantakaful.com/7-sebab-kenapa-anda-perlu-ada-takaful
0 comments:
Post a Comment