Sunday 23 August 2015

A-LIFELINK-i (PERLINDUNGAN & PELABURAN)

A-LifeLink-i turut memberi anda pilihan untuk meningkatkan perlindungan dengan rangkaian faedah-faedah tambahan bagi memenuhi keperluan-keperluan anda yang berbeza di pelbagai peringkat hidup. Lebih-lebih lagi, pelan ini boleh membantu anda untuk mengumpul dan menjana kekayaan anda mengikut jangka masa yang tertentu.

A-LifeLink-i juga meningkatkan perlindungan anda secara automatik tanpa kos tambahan melalui Bonus Ulang Tahun!

A-LifeLink-i menawarkan faedah-faedah berikut :-

Perlindungan dan Simpanan dalam Satu Pelan
A-LifeLink-i matang pada umur 100 tahun.
•Menyediakan perlindungan ke atas kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)1
•Pelbagai pilihan rider-rider dan dana-dana Berkaitan Pelaburan ditawarkan untuk memenuhi keperluan perlindungan dan simpanan anda.

Fleksibiliti dalam Perlindungan dan Simpanan
•Caruman yang mampu dibayar serendah RM150 sebulan.
•Fleksibiliti untuk mempelbagaikan perlindungan mengikut keperluan-keperluan peringkat hidup anda.
•Fleksibiliti untuk meningkatkan jumlah simpanan2 apabila anda mempunyai wang lebih atau mengeluarkan3 simpanan bila anda memerlukannya.
• Fleksibiliti untuk menukar dana-dana menurut tahap toleransi risiko anda.

Perlindungan Tambahan melalui Bonus Ulang Tahun
•Jumlah dilindungi4 anda akan meningkat sebanyak 1% dari jumlah dilindungi asal, bermula dari awal tahun ke-2 sijil sehingga mencapai 120% dari jumlah dilindungi asal.
•Jumlah dilindungi bagi rider pilihan penyakit kritikal seperti A-PlusCriticalCare-i akan meningkat dengan jumlah yang sama dengan peningkatan pelan ini. Dengan syarat rider penyakit kritikal hendaklah dilampirkan pada permulaan sijil.
•Tiada kos tambahan akan dikenakan ke atas peningkatan jumlah dilindungi di bawah Bonus Ulang Tahun.

Penyelesaian kewangan yang Patuh Syariah
•Memenuhi kehendak anda untuk perlindungan yang patuh Syariah.
•Memenuhi matlamat kewangan anda dengan instrument-instrumen pelaburan Islam. Perlindungan Terjamin5 5 Tahun
•Pelan ini akan terus berkuatkuasa dalam tempoh 5 tahun pertama sijil walaupun nilai akaun dana anda tidak mencukupi untuk membayar Tabarru’ dan Caj Perkhidmatan Bulanan.

1 Perlindungan untuk HUMK adalah sehingga umur 70 tahun.
2 Merujuk kepada kemudahan tambah nilai – amaun minimum untuk tambah nilai ad hoc ialah RM500; amaun minimum untuk tambah nilai berjadual (A-Plus Saver-i) ialah RM600 setahun.
3 Merujuk kepada kemudahan pengeluaran separa – amaun pengeluaran minimum adalah RM1,000 dan tertakluk kepada baki nilai akaun minimum sebanyak RM1,000.
4 Tertakluk kepada jumlah dilindungi asal atau jumlah dilindungi semasa, yang mana lebih rendah dan terhad kepada RM500,000 setiap sijil. Bonus Ulang Tahun akan diberi berdasarkan tahun sijil di mana caruman terakhir dibayar. Walaubagaimanapun, Bonus Ulang Tahun tidak akan dibayar apabila sijil diserahkan, luput atau matang.
5 Semua syarat-syarat berikut perlu dipenuhi:
i) Semua caruman tetap dan caruman A-Plus Saver-i (jika ada) telah dibayar pada tarikh genap tempoh caruman atau
dalam tempoh ihsan yang diberi, dan
ii) Cuti caruman tidak pernah diaktifkan; dan
iii) Tiada perubahan pada sijil yang menyebabkan kenaikan Tabarru’ atau sebarang pengurangan dalam nilai akaun dana.




0 comments:

Post a Comment